Khamis, 9 April 2009

HUKUM WANITA MENJADI IMAM DENGAN KEADAAN WUJUD LELAKI BERSAMA MEREKA


JAWAPAN:Terima kasih kepada saudara yang bertanya.Para ulama di dalam mazhab empat iaitu Hanafiah,Malikiah,Syafieyah dan Hanabilah radhiyallahu anhum berbeza pendapat di dalam masalah ini.

Di sisi
para ulama bermazhab Syafie dan Hambali ,mereka membenarkan untuk wanita menjadi Imam sesama wanita sahaja.Mereka berdalilkan hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah dan Ummu Salamah dan Saidina Ato’ radhiyallahu anhum:

أن المرأة تؤم النساء

Maksudnya:
Sesungguhnya wanita boleh menjadi Imam untuk jemaah wanita.

Al-Imam Daraquthni rahimahullah meriwayatkan daripada Saidatina Ummu Waraqah radhiyallahu anha bahawa Sesungguhnya Baginda sallallahu alaihi wasallam membenarkan Ummu Waraqah radhiyallahu anha untuk menjadi Imam kepada golongan wanita di rumahnya(Ummu Waraqah).

Para
Ulama Syafieyah mengatakan bahawa jemaah wanita adalah sunat.Manakala bagi Imam Ahmad ibn Hambal radhiyallahu anhu terdapat dua pendapat yang disebutkan oleh beliau. Salah satu pendapatnya mengatakan sunat manakala satu pendapat lagi mengatakan tidak sunat.

Manakala bagi
ulama bermazhab Maliki pula,mereka berpendapat bahawa perempuan tidak boleh menjadi Imam walaupun sesama jemaah wanita.Ini kerana mereka meletakkan syarat untuk menjadi Imam adalah lelaki sahaja.

Manakala bagi
para ulama bermazhab Hanafiyah pula,mereka berpendapat hukum mendirikan solat jemaah sesama wanita adalah Makruh Tahrim jika tiada lelaki bersama mereka.Ini dalam semua jenis solat kecuali solat jenazah. Maka solat jenazah tiada masalah bagi wanita untuk solat sesama mereka(wanita sahaja).

Maka,kesimpulan yang dapat kita lakukan di dalam perbahasan ini ialah,sebaiknya bagi golongan wanita tersebut jika masih boleh untuk mereka mendirikan jemaah bersama lelaki maka itu adalah lebih baik.Ini kerana para ulama menyebutkan satu kaedah yang sangat baik untuk diamalkan: الخروج من الخلاف مستحب maksudnya:
Mengeluarkan diri daripada perkara khilaf itu adalah perkara yang sangat baik(dituntut).

Wallallahu a’lam.

Rujukan:
1.Fiqh al-Islami wa Adillatuhu jilid 2 mukasurat 1194
2.Al-Mu’tamad fi Fiqh al-Syafie jilid 1.

1 ulasan:

  1. salam Ustaz,

    Jazakallahu khair atas kupasan ilmiah Ustaz ttg hal ini,
    memandangkan hal ini kerap kali berlaku dlm waqi' kami di UK ni (ie. Muslimat solat berJamaah sesama mereka, baik di rumah ataupun di tempat Program yg ruangnya terhad utk solat lelaki + perempuan..)
    ana mempunyai satu soalan, terutamanya dlm keadaan Muslimat perlu solat berJamaah di tempat Program..

    bolehkan seorg lelaki mengimamkan Jamaah Wanita wpun lelaki tersebut sudah menyempurnakan solat Fardhunya? ie. Solat Fardhu 2 kali?

    maaf, Ustaz, soalan ni agak terkeluar tajuk, tp ana berminat utk tahu ttg solat Fardhu 2 kali ni (ada yg kata nak niat Qadha', ada yg kata nak "upgrade" solatnya sbb di awalnya tak sempat solat Fardhu berJamaah, etc..)

    Jazakallahu khair Ustaz..

    -Hilfi,
    Yg menanti kehadiran Ustaz di UK.. =)

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...